Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan
orang Melayu Melaka, berjalan berperingkat mengikut tertib dan menjadikan
warisan adat resam ini sesuatu yang unik. Masyarakat di pinggir pantai Melaka
mengamalkan unsur adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat.
Terdapat dua cara digunakan bagi amalan
dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu berdasarkan kesanggupan kedua
belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah pemilihan pihak lelaki
itu sendiri dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya. Kaedah kedua pula,
pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna setelah berkenan akan seseorang gadis
yang dipilih untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak
terunanya.
Merisik ialah cara untuk mengetahui sama
ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh
saudara atau keluarga terdekat.
Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya
setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang dilakukan oleh
wakil kedua-dua belah pihak.
Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk
cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari tunangannya. Adat menyampai dan
menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut..
Upacara hantar belanja dijalankan pada
tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan pihak lelaki datang ke
rumah pihak perempuan. Mereka akan saling bertukar hantaran serta iringan
setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang
bersangkutan.
Jika dijalankan upacara menghantar belanja
pada siang hari, maka malamnya pula diadakan majlis 'menyerambi bertunang'.
Adat ini dilakukan di serambi rumah.
Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan
membuat acara menjemput tetamu iaitu menjemput orang-orang tua kampung untuk
memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan membuat tepak
sirih dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk
bersama-sama meraikan majlis itu.
Majlis berinai curi diadakan pada waktu
malam di rumah pengantin perempuan. Mulai malam tersebut, jari-jari dan tapak
tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Berinai curi
biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga
malam.
Malam berikutnya majlis berinai kecil
diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki.
Keesokan harinya diadakan istiadat berandam
di mana upacara memotong rambut di bahagian depan kepala dijalankan oleh tukang
andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut di dahi serta di
pelipisnya. Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. Biasanya
upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras
basuh, sirih berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua sepilih
dan daun ribu-ribu. Mandi berhias dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin
dan biasanya dibuat di serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu
luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti oleh pengantin
perempuan.
Upacara akad nikah dijalankan pada malam
selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai. Pakaian pengantin lelaki
serba putih kecuali songkok dan kasut.
Setelah selesai upacara akad nikah, majlis
berinai besar dilakukan di atas pelamin dengan dimulai oleh pengantin lelaki.
Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu.
Hari persandingan juga disebut hari
langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di rumah pengantin perempuan
akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju ke rumah
pengantin perempuan dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya
untuk upacara persandingan.
Makanan disediakan di bilik pengantin di
mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama dan mereka akan dilayan
oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di dalam majlis itu
(makan damai). Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang
dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak. Di dalam majlis ini, besan dengan
besan akan duduk bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan waris dan
sanak saudara dari kedua belah pihak.
Majlis jemput menantu ini diadakan untuk
pengantin perempuan yang dijemput ke rumah pengantin lelaki berserta
pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan ke rumah bapa
mertuanya selagi pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang
menjemput . Kedatangan pengantin lelaki digelar sebagai 'balik minum air'.
Setelah pengantin perempuan pulang ke
rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya pula. Pengantin lelaki
akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa mertuanya.
Acara ini dipanggil malam satu.
sumber rujukan: http://www.pengantin.com.my
ADAT ISTIADAT NEGERI KEDAH
Tahap-tahap istiadat yang hendak dijalankan
perlulah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Istiadat-istiadat yang berlangsung dalam Istiadat Perkahwinan adalah Merisik,
Meminang, Meletak Kerja, Berinai (besar dan kecil), Menerima Hantaran,
Bersanding/Merenjis dan Bersiram.
Tahap pertama merupakan istiadat merisik
dengan disusuli Istiadat Meminang. Setelah selesai Istiadat Meminang dan
setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah,
Istiadat Meletak Kerja disempurnakan. Dalam Istiadat ini, warkah peminangan dan
segala hantaran dipersembahkan. Istiadat Meletak Kerja berikutnya didahului
dengan paluan Nobat dan tembakan meriam sembilan das. Istiadat Berandam
dilangsungkan selepas Istiadat Meletak Kerja dan dijalankan oleh Mak Andam
dengan menggunakan peralatan istiadat yang diwarisi sejak dahulu. Pengantin
Puteri ditepung tawar dan disintuk limau sebelum dimandikan.
Istiadat Berinai Kecil dilangsungkan
selepas Istiadat Berandam. Istiadat Berinai Kecil hanya melibatkan kaum wanita
sahaja. Kerja memetik inai di tambak inai disempurnakan oleh pawai perermpuan
dengan iringan muzik tradisional. Tahap seterusnya merupakan Istiadat Hantaran
dan Penerimaan Mas Kahwin serta Akad Nikah. Tempatnya berlangsung di Dewan Penghadapan.
Istiadat Berinai Besar diadakan pada
sebelah malam pada hari yang sama dengan Istiadat Penerimaan Mas Kahwin dan
Akad Nikah. Dalam Istiadat Berinai Besar, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan dan ahli-ahli Kerabat DiRaja yang kanan merenjis dan menepung tawar
Pengantin DiRaja Putera. Manakala Pengantin DiRaja Puteri pula direnjis dan
ditepung tawar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dan ahli-ahli
Kerabat DiRaja yang lain.
Kemuncak Istiadat Perkahwinan ialah
Istiadat Persandingan yang berlangsung serentak dengan Majlis Santapan Malam.
Kedua-dua pasangan mempelai bersanding di atas peterana, dan kemudiannya dibawa
pula ke Geta Kirana. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan
Permaisuri-Permaisuri negeri-negeri turut merenjis dan menepung tawar kedua
pasangan mempelai.
Selang beberapa hari diadakan pula Istiadat
Berlimau yang berlangsung di panca persada. Kedua-dua mempelai dirinig ke panca
persada dengan iringan paluan Nobat. Istiadat Menyambut menjadi istiadat yang
terakhir di dalam Istiadat Perkahwinan DiRaja. Istiadat ini diadakan di Dewan
Penghadapan dengan dihadiri oleh Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan dan Sultanah, kaum Kerabat, pembesar-pembesar negeri serta dif-dif
jemputan.
sumber rujukan: http://www.mykedah2.com
ADAT ISTIADAT NEGERI SABAH
Mengikut tradisi masyarakat Murut,
anak-anak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun
bagi anak perempuan dan 15 hingga 18 tahun bagi anak lelaki. Ibu bapa
bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka Dalam adat
perkahwinan masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati atau
barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat
bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang
telah berkahwin. Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat Murut merangkumi
peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik Adat ini sama seperti adat merisik
yang diamalkan oleh masyarakat lain. Ia bertujuan untuk mempastikan perempuan
yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya atau belum dirisik
oleh orang lain. Ibu bapa pihak lelaki terlebih dahulu akan menyampaikan hasrat
mereka kepada keluarga perempuan. Dalam hal ini keluarga pihak perempuan akan memutuskan
samada risikan itu diterima atau sebaliknya berdasarkan kepada persetujuan anak
perempuan mereka. Seterusnya adat meminang dan bertunang pula akan menyusul.
Walaupun tidak dinyatakan adat meminang
yang khusus, namun pada dasarnya adat meminang yang diamalkan oleh Masyarakat
Murut menyerupai adat meminang yang dijalankan oleh masyarakat lain. Ini
termasuklah dari segi penghantaran wakil sebagai meminang dan barangan tertentu
yang dibawa semasa meminang.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan
peminangan tersebut, adat pertunangan akan dijalankan. Upacara pertunangan
biasanya berlangsung selama sepuluh hari. Semasa perbincangan dijalankan,
beberapa orang saudara daripada pihak lelaki akan dijemput di samping ketua
kampungnya dan ketua kampung daripada pihak isteri sebagai saksi utama.
Perbincangan akan berkisar tentang mas kahwin dan hal-hal lain berkaitan
perkahwinan.
Majlis perkahwinan lazimnya akan dijalankan
dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan
dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari yang pertama
dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya dilangsungkan
di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli gadis
Murut dan berhias cantik pada hari tersebut.
sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my
ADAT ISTIADAT NEGERI SEMBILAN
Di dalam Adat Perpatih institusi
perkahwinan dijadikan salah satu charter kepada struktur dan organisasi
masyarakat sebagaimana dinyatakan dalam perbilangan:
Hutang atas lima perkara:
“Pertama kerat pusat,
kedua upah bidan,
ketiga sunat rasul,
keempat khatam mengaji, tindik daing,
kelima nikah kahwin”.
Adat istiadat perkahwinan dalam Adat
Perpatih disebut sebagai adat semenda menyemenda. Perkahwinan dalam masyarakat
Adat Perpatih mempunyai identiti tersendiri kerana ia bukan hanya mengeratkan
hubungan antara dua individu berlainan jantina tetapi juga merupakan penyatuan
pertalian antara dua keluarga, dua rumpun, dua ruang, dua perut dan dua suku.
Dalam masyarakat adat di Negeri Sembilan
perkahwinan dirujuk kepada perbilangan: “syarak tidak menghalang, adat tidak
menggalang”. Ini bermakna perkahwinan hanya sah apabila diakadkan oleh wali
atau wakilnya, bersaksi dan membayar mas kahwin (mahr) dan perkahwinan juga
harus sah dari segi adat iaitu tidak melanggar pantang larang adat.
Adat perkahwinan masyarakat Adat Perpatih
mempunyai norma perspektif dan preferential. Norma perspektif tersebut ialah
eksogami iaitu seorang lelaki tidak boleh menikah dengan seorang perempuan
daripada sukunya sendiri kerana mereka dianggap bersaudara. Walau bagaimanapun
di sesetengah tempat dan suku, prinsip eksogomi terpakai kepada satu perut. Ini
bermakna ada beberapa suku tertentu yang diizinkan oleh adat untuk melakukan
perkahwinan indogami. Contohnya di Luak Rembau, suku Mungkal Perut Bukit boleh
berkahwin dengan suku Mungkal Perut Tebal. Tetapi kedua-dua pecahan perut Bukit
dan Keling tidak diizinkan berkahwin. Norma preferential adalah untuk melakukan
perkahwinan silang pupu iaitu dengan anak gadis abang atau adik lelaki ibu dan
dengan anak gadis kakak atau adik perempuan ayah.
Selain larangan perkahwinan berdasarkan
hukum syarak, perkahwinan masyarakat Adat Perpatih juga mempunyai larangan
berdasarkan adat iaitu larangan perkahwinan sesuku (indogami) atau Sumbang
Balai Melintang dan larangan perkahwinan antara saudara pupu selari. Adat juga
melarang poligami sesuku iaitu seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih
perempuan daripada suku yang sama.
Terdapat dua bentuk perkahwinan adat iaitu
perkahwinan lazim atau biasa dan perkahwinan tidak lazim. Perkahwinan biasa
akan bermula daripada merisik atau risik nan duai atau risik andai, diikuti
dengan adat menghantar cincin tanya dan kemudian adat pinang meminang atau adat
menghantar tanda (pihak lelaki) atau adat menerima tanda (pihak perempuan).
Seterusnya diadakan hari langsung atau hari olek termasuklah upacara akad
nikah, bertandang atau menyalang dan menikam jejak atau tempuh jejak. Adat
perkahwinan diakhiri dengan adat menyalang rumah saudara-mara kedua-dua belah
pihak. Perkahwinan tidak lazim ialah perkahwinan yang tidak mengikut peraturan
adat. Aturcara perkahwinan ini adalah ringkas dan ia disebut kahwin orang
berada dan dikatakan sebagai perbuatan orang berani. Perkahwinan tidak lazim
dibolehkan dan dilembagakan oleh Adat Perpatih. Perkahwinan tidak lazim
terbahagi kepada enam jenis iaitu nikah terkurung, nikah serah-menyerah,
merumah, merebut rampas, adat mendapatkan dan adat beli laki.
-YANA-
trima kasih yaaa
ReplyDeletehaiyaaaa
ReplyDeleteultraman tiga
ReplyDeleteKayak anjing itu adat
ReplyDelete