Thursday 26 November 2015

Pengenalan

ASSALAMUALIKUM....


Selamat datang ke blog kami. Saya selaku wakil ahli kumpulan saya ingin menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan blog kami ini. Tujuan utama blog ini dicipta adalah untuk menceritakan mengenai adat dan istiadat perkahwinan di Malaysia tanpa mengira kaum...

Seperti yang kita ketahui, bumi Malaysia telah dilimpahi oleh penduduk yang berbilang kaum. Kami duduk sebumbung tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama...

Keperlbagaian penduduk di Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia dapat mengenali dan mempelajari adat dari kaum lain...


Hidup kami seperti sebuah keluarga. Berkongsi bahagia dan derita  bersama. Peristiwa 13 Mei 1969 tidak menggoyahkan perpaduan rakyat Malaysia malah peristiwa ini telah membuatkan rakyat Malaysia menjadi lebih matang. Walaupun peristiwa ini sering kali menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Namun, peristiwa ini telah dijadikan sebagai iktibar dan teladan kepada generasi akan datang...


Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu,
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.


Pantun di atas menerangkap walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu...

Hidup bersatu padu ini telah memperkenalkan kepelbagaian jenis perkahwinan di Malaysia. Pada blog yang seterusnya, anda akan berpeluang untuk mengenali perkahwinan yang ada di Malaysia...






-PYQA-

No comments:

Post a Comment